Disini kami kemukakan sebuah hadis yang agak panjang tentang sikap seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".
Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".
Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".
Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".
Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)
Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".
Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:
"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.
Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.
Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.
Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.
Diriku takut jika engkau binasa.
Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.
Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.
Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.
Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".
Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".
Dengan hadis diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.
Sekiranya ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.
Anak lelaki perlu sentiasa bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya terutama sekiranya mereka telah tua dan uzur pula. Amalan ini penting kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak di hati dan sanubari cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT.
Isteri tidak boleh menghalang atau menyekat perhubungan kasih sayang dan prihatin suaminya kepada kedua ibu bapanya kerana hak anak tetapi wujud walaupun dia sudah mempunyai keluarganya sendiri.
Isteri harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa mertuanya dan dia tidak boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya sahaja kerana anggaplah bahawa ibu bapa suaminya adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.
Oleh itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya sekiranya dia menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya sendiri hingga dia tergolong sebagai anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik.
Jadikanlah ia pengajaran untuk kita semua. Tanggungjawab anak lelaki bukan perlu dijalankan seminggu sekali akan tetapi SENTIASA.... Maka kita sebagai isteri dan suami sendiri kenalah peka akan hal ini. Zaman sekarang ni hal-hal menjaga kedua ibubapa kebanyakkannya diletakkan ke atas anak perempuan sedangkan mengikut hukum anak perempuan hak mereka selepas berkahwin adalah di bawah hak suami... Waallahualam...
Monday, 24 August 2015
SIKAP SEORANG ANAK LELAKI YANG MELARANG BAPANYA MENGAMBIL SEDIKIT HARTANYA YANG TERJADI PADA ZAMAN RASULULLAH
ZUHUD DALAM MASALAH DUNIA
Salim bin Abdullah bin Umar mempunyai kisah menarik tentang zuhud dalam dunia.
Suatu ketika Khalifah Hisyam bin Abdul Malik melihatnya sedang bertawakaf di Kaabah.
Ia berkata, "Mintalah aku akan memberimu."
"Duhai, aku malu meminta sesuatu kepada selain Allah sedangkan aku berada di rumah Allah," jawab Salim.
Ketika para jemaah haji sudah keluar dan masjid telah sepi, khalifah kembali memujuk, "sekarang telah keluar dari Baitullah, mintalah, pasti kuberi."
Kali ini salim pun Menolak dengan kata-kata yang penuh muatan iman, kesucian diri, dan zuhud.
Ia berkata," jika aku tidak meminta dunia kepada zat yang memilikinya, bagaimana Mungkin aku memintaNya dari seorang yang tidak memilikinya?"
ZUHUD KERANA ALLAH
HAMID Al-Aswad menceritakan bahawa suatu ketika ia bersama seorang alim Sayyidi Ibrahim Al-khawwash r.a di perjalanan. Mereka berdua tidur di bawah sebuah pohon, tiba-tiba seekor harimau datang.
Hamid berkata, "seketika aku memanjat pohon hingga tidak tidur sampai pagi. Sementara Khawwash sudah tertidur, dan harimau menciuminya dari kepala hingga ke kakinya. Setelah itu ia pergi meninggalkanNya.
Ketika malam berikutnya, Kami tidur di masjid di suatu kampung. Tiba-tiba seekor kutu busuk jatuh di wajah Khawwash, lalu ia mengigitNya.
Aku bertanya kepadanya, Ini menghairankan. Kelmarin anda tidak terpengaruh oleh harimau, Namun tadi malam Anda berteriak kerana kutu busuk, bagaimana ini boleh terjadi?"
Ia menjawab, "ada pun kelmarin, saya dalam keadaan bersama Allah, sedangkan malam tadi aku sedang sibuk dengan diriku sendiri. "
Sunday, 23 August 2015
ISA MENGHIDUPKAN SAM BIN NUH
DIKISAHKAN bahawa Nabi isa a.s adalah seorang Nabi yang dikurniakan kelebihan oleh ALLAH SWT dapat menghidupkan orang yang sudah mati.
Pada suatu hari, beberapa orang kafir menghadap Nabi isa a.s seraya berkata:"Hai isa, engkau dapat menghidupkan orang mati itu hanya yang masih baru. Mungkin kerana memang belum benar-benar mati (mati suri). Cuba sekarang perlihatkan kepada kami, hidupkan orang-orang yang telah mati sejak zaman dahulu!"
Isa: "Mayat siapa, silakan pilih! "
Kafir: "Cuba hidupkan mayat Sam bin Nuh (Sam putera Nabi nuh a.s)!"
Kemudian Nabi Isa a.s segera mendekati Kubur sam bin Nuh dan mengerjakan solat dua rekaat, lalu beliau berdoa kepada Allah taala. Maka Sam bin Nuh pun hidup kembali dengan rambut dan janggut yang telah memutih, sehingga Nabi isa a.s Menegurnya: " Wahai Sam bin Nuh, mengapa rambutmu putih seperti dulu? Adakah saat meninggal dulu rambutmu memang telah memutih? "
Sam bin Nuh" wahai nabiyullah, dulu saat meninggal rambutku masih hitam legam. Tetapi saat engkau memanggilKu tadi, kukira kiamat telah tiba. Sehingga aku terkejut dan teramat takut menghadapi dahsyatnya peristiwa kiamat.
Itulah sebabnya rambut dan janggutKu jadi putih!"
Nabi Isa a.s: " Wahai Sam bin Nuh, sejak berapa tahun engkau meninggal?"
Sam bin Nuh:" Sejak empat ribu tahun yg lalu. Tetapi rasa pedih dan sakitnya sekaratul maut hingga kini masih Kurasakan!"
Thursday, 6 August 2015
Peristiwa nabi Ibrahim dan menantunya perlu dijadikan teladan
Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suami mu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidup mu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suami mu balik, sampaikan salam ku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya..
Menantu: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapan mu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepada mu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumah mu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayah ku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluarga mu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim: Di mana suami mu?
Menantu: Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidup mu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhan ku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suami mu pulang, sampaikan salam ku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya..
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya seperti mu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapan mu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buat mu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumah mu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayah ku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah diri mu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
Kesimpulannya:-
1- Menjadi kewajipan isteri tidak menceritakan keaiban rumahtangga kpd org luar walaupun kpd keluarganya sendiri (bapa mertuanya).
2- Isteri hendaklah bersyukur dan menerima kemampuan suami seadanya.
3- Mulut adalah kelemahan wanita. Wanita mestilah berhati-hati & menjaganya dengan baik.
**Wallahualam**
Monday, 3 August 2015
BERWUDHU SEBELUM TIDUR
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Thursday, 30 July 2015
Azab-azab di neraka jahanam
1. Azab bagi Orang Kafir
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam bersabda:
"Sesungguhnya, tebal kulit seorang kafir (di neraka) ialah 42 hasta ukuran orang kuat yang besar. Giginya sebesar gunung Uhud, dan sungguh tempat duduknya dia di Jahannam seluas Makkah dan Madinah. "(HR. At-Tirmidzi dan al-Hakim. Lihat Shahihul Jami 'no. 2110)
Namun, kerana dahsyatnya neraka, kulit tersebut matang apabila terbakar. Allah Subhanallahu wa Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "(An-Nisa: 56)
2. Orang yang paling dahsyat siksanya
Dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam berkata:
"Orang yang paling dahsyat siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambar (makhluk bernyawa)." (HR. Ahmad. Lihat Shahihul Jami 'no. 1559)
Dari Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu juga, Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam berkata, "Sesungguhnya orang yang paling dahsyat siksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang membunuh nabi atau dibunuh oleh nabi, dan seseorang yang membuat berhala." (HR. Ahmad. Lihat Shahihul Jami 'no. 1011)
Dari Khalid bin Walid Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam berkata, "Manusia yang paling dahsyat siksanya adalah orang yang paling bengis ketika menyiksa manusia di dunia." (HR. Ahmad. Lihat Shahihul Jami 'no. 1009)
3. Azab bagi orang yang berbuka di bulan Ramadhan sebelum waktunya
Dari Abu Umamah al-Bahili ra, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam berkata, "... Kemudian keduanya membawaku, ternyata ada satu kaum yang digantung dalam keadaan kaki di atas dan mulut mereka robek-robek. Darah mengalir dari mulut mereka. Aku berkata, 'Mereka adalah orang yang berbuka di bulan puasa sebelum dihalalkan berbuka'. "(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Lihat ash-Shahihah no 3951, dinyatakan sahih oleh asy-Syaikh Muqbil dalam ash-Shahihul Musnad)
4. Azab bagi penzina
Masih hadits dari Abu Umamah al-Bahili ra, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam berkata, "... Kemudian keduanya membawaku, ternyata ada satu kaum yang tubuh mereka sangat besar, bau tubuhnya sangat busuk, paling buruk dipandang, dan bau mereka seperti bau tempat pembuangan kotoran (comberan). Aku tanyakan, 'Siapakah mereka?' Keduanya menjawab, 'Mereka adalah penzina laki-laki dan perempuan'. "(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Lihat ash-Shahihah no 3951, dinyatakan sahih oleh asy-Syaikh Muqbil dalam ash-Shahihul Musnad)
5. Azab bagi wanita yang tidak mahu menyusui anaknya
Pada lanjutan hadits Abu Umamah al-Bahili ra di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam berkata, "... Kemudian keduanya berangkat membawa, ternyata ada wanita-wanita yang puting susu mereka digigit ular. Aku bertanya, 'Siapa mereka?' Keduanya menjawab, 'Mereka adalah wanita yang tidak mahu memberikan air susu mereka kepada anak-anak mereka'. "(HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Lihat ash-Shahihah no 3951, dinyatakan sahih oleh asy -Syaikh Muqbil dalam ash-Shahihul Musnad)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam mengkhabarkan bahawa jika ular di neraka menyengat satu gigitan, akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. Demikian juga kala jengking di neraka, apabila menggigit satu gigitan akan menyebabkan panas demam selama empat puluh musim. (HR. Al-Baihaqi, lihat ash-Shahihah no. 3429)
6. Azab bagi peminum arak (minuman keras)
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu' alaihi wassalam bersabda,
"Ada tiga macam manusia yang tidak masuk syurga, peminum arak, pemutus silaturahim, dan orang yang mempercayai sihir. Barangsiapa mati sebagai peminum arak, maka Allah memberinya minum dari sungai Ghuthah. Seseorang bertanya, 'Apa itu sungai Ghuthah?' Rasul menjawab, 'Sungai yang mengalir dari kemaluan para pelacur. Para penghuni neraka lain merasa terganggu oleh bau kemaluan mereka '. "(HR. Ahmad dalam Musnadnya 4/399)
7. Azab bagi pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya
Dalam Shahih Al-Bukhari terdapat riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam,
"Tidak seorang pun pemilik harta yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan hartanya kelak akan diperlihatkan di hadapannya dalam wujud seekor ular botak. Ular itu mempunyai dua titik hitam di atas matanya. Dia mematuk pangkal dagu orang itu seraya ia berkata, "Akulah hartamu, akulah simpananmu." (HR. Al-Bukhari dalam shahihnya 6/39 cet. Asy-Sya'b)
Dalam riwayat lain diceritakan, "Orang itu lari menghindarinya, tapi ular itu mengejarnya. Lalu dia berlindung darinya, tapi ular itu mematuk tangannya dan melilitnya. "
8. Azab bagi orang yang ucapannya tidak sesuai dengan perbuatannya
Dari Usamah bin Zaid, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
"Akan didatangkan seseorang kemudian dia dicampakkan ke neraka. Maka dia di sana berputar seperti berputarnya keldai di tempat penggilingannya, hingga para penduduk neraka berkumpul mengelilinginya. Mereka berkata kepadanya: "Wahai fulan, bukankah engkau dulu di dunia yang menyuruh kami kepada yang baik dan melarang kami dari yang mungkar?" Usamah berkata, dia menjawab: "Aku dulu menyuruh kamu kepada yang baik (tapi) aku tidak melakukannya. Dan aku melarang kamu dari yang buruk, (tapi) aku melakukannya. "(Shahihul Jami ')
Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
"Pada malam Isra 'aku dibawa kepada beberapa kaum yang lidah mereka dipotong dengan gunting api. Setiap kali selesai dipotong, lidah itu kembali lagi. Aku berkata: "Siapa mereka itu, wahai Jibril?" Jibril berkata: "Mereka adalah para penceramah dari kalangan umatmu yang mereka mengucapkan apa yang tidak mereka lakukan dan mereka membaca Kitabullah, tapi tidak mengamalkannya." (Shahihul Jami ': 128)
9. Azab bagi orang yang mati bunuh diri
Diriwayatkan oleh Bukhari (5778) dan Muslim (158) dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu' alaihi wasallam:
"Sesiapa yang bunuh diri dengan besi di tangannya, dia (akan) menikam perutnya di dalam neraka jahannam yang kekal (nantinya), (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan sesiapa yang meminum racun lalu bunuh diri dengannya, maka dia (akan) meminumnya perlahan-lahan di dalam neraka jahannam yang kekal, (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan dirinya dari atas gunung, dia akan jatuh ke dalam neraka jahannam yang kekal (dan) dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. "
Diriwayatkan pula oleh Bukhari i dan Muslim dari Tsabit bin Dhahhak radhyiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda:
"Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia, maka dia diseksa dengan (alat tersebut) pada hari kiamat."
10. Penduduk neraka yang paling ringan azabnya
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wassalam berkata, "Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah seseorang yang dipakaikan kepadanya dua kasut dari api neraka, lantas mendidih otaknya kerananya." (HR. Ahmad dan al-Hakim, lihat ash -Shahihah no. 1680)
Demikianlah pembaca, azab bagi beberapa penghuni neraka. Dan penyebutan macam-macam azab di atas bukanlah bersifat menyekat, kerana seperti kita ketahui dalam hadis Isra 'Mi'raj yang panjang, Rasulullah shallallahu' alaihi wassalam diperlihatkan beberapa orang yang tengah diseksa di neraka.
Beliau melihat orang-orang yang mengambil harta anak yatim secara sewenang-wenang, yang mempunyai bibir seperti bibir unta. Mereka mengambil sepotong api neraka langsung dengan bibirnya itu, lalu api itu keluar lagi dari duburnya. Beliau melihat orang-orang yang suka mengambil riba. Mereka mempunyai perut yang besar, sehingga tidak berganjak dari tempatnya kerana perutnya yang membesar itu. Para pengikut Firaun melewati mereka tatkala digiring ke neraka, lalu mereka melemparkan orang-orang yang mengambil riba ini ke neraka.
Beliau melihat para penzina yang membawa daging berminyak yang baik di tangan dan di sebelahnya ada daging jelek dan busuk. Mereka mengambil daging yang busuk itu dan membiarkan daging yang baik. Beliau juga melihat para wanita yang suka memasuki tempat tinggal kaum laki-laki yang bukan anak-anaknya. Beliau melihat para wanita itu bergelayutan pada payudaranya. Na'udzubillahi min dzalik ..
Tuesday, 28 July 2015
Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
mumia ramses
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
Monday, 27 July 2015
9 cara mengendalikan Amarah menurut islam
“Barang siapa yang dapat menahan amarahnya, sementara ia dapat meluapkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan segenap mahluk. Setelah itu, Allah menyuruhnya memilih bidadari surga dan menikahkannya dengan siapa yang ia kehendaki.” (HR Ahmad).
Begitu istimewanya imbalan yang diberikan bagi orang yang dapat mengendalikan amarahnya, sampai Allah pun mempersilahkan ia untuk memilih bidadari surga yang ia suka. Lalu, bagaimana caranya mengendalikan amarah?
Syekh Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada
dalam kitab Mausuu’atul Aadaab al-Islamiyah mengungkapkan hendaknya seorang Muslim memperhatikan adab-abad yang berkaitan dengan marah. Berikut adab atau cara mengendalikan marah menurut Islam:
1. Jangan marah kecuali karena Allah SWT. Marah karena Allah merupakan sesuatu yang disukai dan mendapatkan pahala. Seorang Muslim yang marah karena hukum Allah diabaikan merupakan contoh marah karena Allah, misalnya marah ketika menyaksikan perbuatan haram.
2. Berlemah lembut dan tak marah karena urusan dunia. Sesungguhnya semua kemarahan itu buruk, kecuali karena Allah SWT. Abdul Azis bin Fathi as-Sayyid Nada mengingatkan, kemarahan kerap berujung pada pertikaian dan perselisihan yang dapat menjerumuskan manusia ke dalam dosa besar dan dapat pula memutuskan silaturahim.
3. Mengingat keagungan dan kekuasaan Allah ketika marah. Ketika mengingat kebesaran Allah SWT, maka kemarahan bisa diredam. Bahkan, mungkin tak jadi marah sama sekali. Itulah adab paling bermanfaat yang dapat menolong seseorang untuk berlaku santun dan sabar.
4. Menahan dan meredam amarah jika telah muncul. Allah SWT menyukai seseorang yang dapat menahan dan meredam amarahnya. Allah SWT berfirman, ” … dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memberi maaf orang lain, dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS Ali Imran:134).
5. Berlindung kepada Allah ketika marah. Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang yang marah mengucapkan; ‘A’uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT) niscaya akan reda kemarahannya.” (HR Ibu ‘Adi dalam al-Kaamil.)
6. Diam. Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah, permudahlah, dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam.” (HR Ahmad). Terkadang orang yang sedang marah mengatakan sesuatu yang dapat merusak agamanya, menyalakan api perselisihan dan menambah kedengkian.
7. Mengubah posisi ketika marah. Mengubah posisi ketika marah merupakan petunjuk dan perintah Nabi SAW. Nabi SAW bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring.” (HR Ahmad).
8. Berwudhu atau mandi. Menurut Syekh Sayyid Nada, marah adalah api setan yang dapat mengakibatkan mendidihnya darah dan terbakarnya urat syaraf.
9. Memberi maaf dan bersabar. Orang yang marah sudah selayaknya memberikan ampunan kepada orang yang membuatnya marah. Allah SWT memuji para hamba-Nya “… dan jika mereka marah mereka memberi maaf.” (QS Asy-Syuura:37).
Itulah kesembilan cara yang bisa kita lakukan untuk meredam kemarahan. Terlihat sulit tapi percayalah, jika kita berniat merubah diri kita untuk menjadi lebih baik, beberapa cara meredam kemarahan seperti yang disebutkan diatas patut dicoba. Insya Allah kita dapat termasuk ke dalam golongan seperti yang disebutkan dalam hadits riwayat Imam Ahmad, yakni mendapat imbalan indah bertemu dengan bidadari surga dan dimuliakan-Nya.
7 tips & cara menjatuhkan ego lelaki
Assalamualaikum semua. ..ini untuk dikongsi bersama...
Nak memenangi hati ego lelaki? Sesungguhnya lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Telah menjadi lumrah alam, ciri maskulin ini pasti akan ada dalam diri setiap lelaki. Bukan sengaja dibuat-buat, tetapi memang telah ditanamkan dalam diri lelaki.
Hargailah lelaki dan sentuhilah dasar hatinya. Sudah pasti bukan mudah, terutama untuk menyentuh hati seorang lelaki yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan yang disayangnya namun akhirnya berpaling daripadanya... Jika anda sebagai seorang fikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan ego lelaki, cubalah. Jangan pernah bermain dengan ego lelaki, terbakar diri nanti! Jadi, macam mana nak menyentuh dasar hati lelaki? Ikut langkah di bawah. *Kalau nak terus jatuhkan ego dia baca terus step 7*
1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.
2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aq nih…*
3.HORMATI DIA
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.
4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.
5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!
6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.
7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada segalanya!
9 Tips kecantikan berkesan untuk wanita muslimah
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)
Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.
1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.
2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari
3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.
4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.
5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah ‘sabun’ yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), ‘sabun’ ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.
6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.
7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.
8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.
9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.
Jika anda mengikuti saranan daripada yang Maha Pencipta ini, anda akan mempunyai kecantikan dalaman dan luaran. Insyhaallah !
10 CARA LELAKI MEMUJUK DAN MELEMBUTKAN HATI WANITA
1. Ungkapkan kata-kata indah
Ramai wanita suka dipuji dan diberikan kata-kata indah yang menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya. Sekali-sekala gunakan cara yang bukan tradisional seperti SMS,Whatsapp ataupun hantar gambar yang indah untuk melembutkan hati si dia. Walaupun adakalanya lelaki menganggap ini merupakan perkara yang remeh untuk dilakukan, percayalah, nanti lama kelamaan, kasih sayang di dalam rumah tangga pun akan makin pudar kalau tidak disuburkan dengan perkara mudah seperti ini.
Jika selama ini anda tidak pernah mengucapkan terima kasih atau ucapan penghargaan terhadap pengorbanannya sebagai isteri, cuba ucapkan padanya seikhlas hati.
2. Beri kejutan
Sekali-sekala berikan kejutan seperti hadiah yang ikhlas yang ingin anda berikan padanya seperti sekuntum bunga, ataupun barang kegemarannya. Kalau anda bukan jenis suami atau pasangan yang memberikannya hadiah kejutan, inilah masanya. Tetapi jangan pula berikan kejutan yang boleh buat dia sakit jantung seperti ‘madu baru’. Itu kejutan yang boleh membawa maut… pada kedua-dua belah pihak.
3. Panggilan manja
Jangan ingat kucing saja ada panggilan manja, manusia pun adakala teringin juga. Cuba bagi nickname pada pasangan anda seperti ‘baby’, ‘sayang’, ayang, dear dan sebagainya. Sedangkan Rasulullah saw pun memanggil Humaira,panggilan manja buat isterinya Aisyah. Tapi jangan pula guna nama panggilan yang kurang ajar seperti ‘gemuk’, ‘badak’ yang boleh mengguris hati si isteri/kekasih.
4. Ingat perkara kecil
Kadang-kadang lelaki ni sukar untuk ingat perkara yang simple dan mudah seperti tarikh perkahwinan ataupun hari lahir pasangan. Kalau tak mampu nak beri hadiah, hanya ucapkan kata-kata manis padanya pada tarikh tersebut tanda anda menghargai pasangan anda. InsyaAllah, ia akan menyuburkan lagi hubungan anda dan pasangan.
5. Bertolak ansur
Wanita ini mempunyai hati yang lembut. Jadi belajar bertolak ansur dalam perkara-perkara yang menyulitkan hubungan anda, kerana wanita yang mempunyai hati yang lembut ini mudah tersentuh. Jangan terlalu berkeras dan berkasar dengan pasangan anda dan belajar berbincang untuk membuat sesuatu keputusan atau jika ada masalah. Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan isteri/pasangan anda, katakan dengan ayat lembut dan beri justifikasi yang logik dan masuk akal supaya dia boleh terima.
6. Jangan ego
Ego ini merupakan masalah terbesar dalam hubungan terutamanya pada lelaki. Lelaki terlalu ego untuk mengaku kesalahan dan ini boleh membunuh hubungan kasih sayang anda. Jika anda telah mengguris hati pasangan anda, ringankan mulut untuk melafazkan kata maaf… Satu kata maaf itu boleh membuatkan hati wanita lembut kembali.
7. Rajin
Lelaki yang rajin dapat memikat dan melembutkan hati wanita. Jadi lelaki yang ingin memujuk isteri/pasangan anda, boleh berubah menjadi lelaki yang ringan tulang… Tetapi biarlah ia berterusan, bukan semasa ingin memujuk sahaja. Kalau boleh, bantu isteri anda dengan kerja rumah dan menguruskan anak-anak sekali sekala.
8. Ajak dating
Cuba ajak pasangan anda keluar makan malam secara romantik ataupun pergi bersiar-siar dan menonton wayang. Kadang-kadang memujuk ini tidak perlu diucapkan dengan kata-kata, tetapi perbuatan pun penting juga.
9. Senyum
Senyuman merupakan cara yang paling mudah untuk melembutkan hati wanita tau. Senyuman dan lirikan mata yang ikhlas, insyaAllah boleh memujuk hati kekasih dan isteri anda.
10. Pakai pakaian yang indah
Pakai pakaian yang indah untuk isteri anda, kelihatan bersih dan bau yang wangi. Bilakah kali terakhir anda pergi membeli-belah? Sama seperti suami mahu isterinya kelihatan bagus untuk dia, dia juga mahu suaminya untuk berpakaian kacak untuk dirinya juga. Ingatlah bahawa Rasulullah (صلي الله عليه وسلم) akan sentiasa bermula dengan miswak apabila pulang dan sentiasa berbau manis.
Sunday, 26 July 2015
CINTA HAKIKI
CINTA HAKIKI
"Wahai hamba allah! Cinta mu terhadap sesuatu selain allah itu adalah cinta yang semu, cinta yang mudah lenyap, dikeranakan cinta sejati adalah cintanya seorang hamba kepada tuhannya.
Kalau kamu mencintai makhluk, maka cintamu itu sangat terbatas, mudah lenyap, bahkan mudah sekali berubah menjadi suatu kebencian,dan juga musuh bagimu. Tetapi cintamu kepada allah adalah cinta hakiki, perasaan cinta yang kekal abadi, yang membawa tenangnya hatimu bersama-Nya dalam setiap saat dan waktu, bahkan disaat-saat akhir hayatmu pun perasaan cinta dan perasaan tenang itu akan selalu menyeliputimu.
Tetapi aneh sekali kerana kamu lebih suka melupakan allah daripada melupakan ciptaan-Nya."
(nasihat abdul qodir al-jailani)
Selalukanlah ingat nasihat ini tatkala engkau memutus tali percintaan dengan seseorang
Kebangkitan rakyat di Syria, Jihad di Palestin & Briged Al-Qassam
Keadaan yang berlaku di Syria berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara kita. Ada orang yang hendak mengambil apa yang berlaku di Syria ke dalam negara kita. Jumlah Syiah di Syria pada hari ini cuma 10%. Mereka memegang kerajaan dan apa yang mereka lakukan adalah membunuh Ahlus Sunnah. Jadi kebangkitan rakyat di sana dalam konteks mereka di sana merupakan satu kebenaran dan satu perjuangan bagi mereka. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menghukum mereka wajib keluar berperang dan membunuh Bashar Asad. Kita tidak boleh berkata begitu sebab mereka lebih mengetahui keadaan dan kemampuan mereka. Ketika di awal Islam, adakah Nabi SAW melancarkan jihad di Makkah? Tidak.. Nabi SAW dan umat Islam pada ketika itu adalah minoriti, mereka melihat para sahabat dibunuh di depan mata mereka. Sumayyah dibunuh, seluruh keluarga Yasir dibunuh. Bilal bin Rabah disiksa. Khabbab bin Al-Arat disiksa sehingga calar balar seluruh tubuh badannya. Adakah Nabi menyuruh supaya JIHAD??!! Tidak!! Kerana umat Islam pada ketika itu belum mempunyai kekuatan. Sebab itu kita tidak boleh menyuruh rakyat Syria pada hari ini keluar berjihad (perang). Mereka lebih mengetahui kemampuan dan persediaan mereka untuk berjihad. Jika mereka benar-benar mampu, silakan berjihad. Namun jika mereka katakan mereka belum cukup persenjataan, tidak ada kekuatan, maka tidak diwajibkan jihad bagi mereka. Ditangkap orang mereka dan dibunuh, dimasukkan mereka ke dalam lubang dan ditembak mereka hidup-hidup dan kemudian dikambus lubang tersebut, itu yang dilakukan Bashar kepada Ahlus Sunnah di sana. Dalam keadaan begitu pun ada wakil daripada parti politik tertentu pergi bertemu dengan pemimpin di sana menyatakan sokongan kepada pemimpin di sana. Kita bukan bercakap tentang hubungan diplomasi. Hubungan diplomasi bab lain. Ini kita bercakap tentang pergi bertemu memberikan sokongan kepada kezaliman mereka terhadap Ahlus Sunnah. Itu yang sedang kita perkatakan. Sedangkan ada di kalangan pemimpin parti tersebut yang menolak Syiah secara terang-terang. Tetapi di kalangan pemimpin mereka juga ada yang pergi bertemu dan memuji Syiah di dalam televisyen siaran rasmi kerajaan Syria. Saya tidak katakan rakyat Syria harus melancarkan jihad. Kita tidak tahu kemampuan mereka. Hukumnya berbalik kepada kemampuan mereka, sebab syarat jihad seperti yang dinyatakan oleh Allah,
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ “
Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) dengan segala yang kamu mampu dari kekuatan dan juga pasukan-pasukan berkuda yang siap sedia untuk kamu menakutkan musuh Allah dan juga musuh kamu.”
(surah Al Anfaal, 8: 60)
Allah menetapkan bahawa hendaklah dipersiapkan segala kekuatan termasuklah persenjataan, haiwan tunggangan yakni kenderaan-kenderaan perang, peralatan perang semua hendaklah dipersiapkan agar menakutkan musuh Allah dan musuh kamu.
Kalau musuh menggunakan senjata canggih, menembak dari jauh, menembak menggunakan satelit, sedangkan senjata kita adalah batu, senapang patah, lastik, adakah itu persiapan persenjataan yang memadai? Kita di sini senang hanya tahu melaungkan jihad, jihad! Kemudian kita pergi makan asam pedas. Di Palestin, saya pergi melihat sendiri keadaan di sana. Kita bercakap tentang jihad, jihad. Namun apa kemampuan mereka? Kita sendiri mengakui bahawasanya Israel mempunyai kelengkapan persenjataan perang yang canggih. Bahkan sejarah mengiktiraf perkara ini. Nabi Dawud a.s. yang berketurunan Bani Israil Allah berikan mukjizat kepadanya pakar membuat senjata dan pakar strategi perang. Itu keturunannya, tetapi Yahudi adalah keturunan Bani Israil yang kufur. Apa pula senjata umat Islam di Palestin? Sekarang ini wujud tentera Al-Qassam di bawah Hamas. Bukan kata tidak bagus, baguslah mereka pergi bunuh tentera Israel, serang sana, serang sini. Tetapi Israel pada hari ini tidak lagi hanya menyerang orang yang menyerang mereka. Sebaliknya mereka menabur sahaja bom ke mana-mana; hospital, sekolah, dan mana-mana saja. Apabila mereka diserang sedikit, itu menjadi alasan untuk mereka membunuh orang-orang awam di Palestin. Jadi adakah tindakan yang bijak sekiranya kita menyerang dan kemudian kita lari, lalu Israel menghantar bom dan mati orang-orang Islam yang tidak berdosa? Itu perkara yang perlu dimuhasabahkan. Bukan soal tidak ada jihad. Jihad itu ada, tetapi ia perlu merujuk kepada kemampuan. Adapun apa yang berlaku di Syria pada hari ini, penentangan rakyat terhadap pemimpin mereka Bashar Asad adalah sesuai dengan keadaan dan kemampuan mereka. Jika mereka tidak mampu, mereka harus berdiam diri dan mengambil langkah membina kekuatan secara perlahan-lahan. Adapun hendak menyamakan Syria dengan Malaysia, ianya tidak boleh disamakan. Pemimpin kita adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ya, sebagai manusia dan insan, ada kelemahan dan kekurangan. Itu merupakan perkara biasa. Kita ada ruang dan peluang untuk menasihati dan mendekati, dan kita ada ruang untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan. Kita juga ada ruang untuk memastikan di dalam negara kita tidak berlaku rusuhan. Kita ada ruang, jadi manfaatkan ruang dan peluang tersebut. Jangan sampai jadi seperti Mesir pada hari ini, demonstrasi menjatuhkan pemimpin telah menjadi budaya, dan keadaan itu tentunya membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan. Wallaahua’lam
AKU UMAT AKHIR ZAMAN
Dari Tsauban r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Umat-umat akan mengerumuni kalian sebagaimana makanan yang dikerumuni dari piring." Ada seseorang bertanya, " Adakah kerana kami sedikit ketika itu?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Pada waktu itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih di lautan. Allah akan mencabut rasa takut musuh-musuh terhadap kalian dan memberikan penyakit wahn dalam hati kalian." Ada seseorang bertanya, " Apakah wahn itu?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad) Aku umat akhir zaman Bersama umat umpama buih-buih di lautan Ke kiri dan ke kanan Seolah hidup tiada tujuan Hanya memuas nafsu dan kehendak diri Terlupa kepada siapa diri harus mengabdi Alpa bahwa Izrail selalu memerhati Lupa bahawa masa kematian itu tak pernah diketahui Tidak ingat bahawa kehidupan dunia bukannya dimiliki Dan akhirnya mati akan menemui Tiada guna lagi rayuan kembali ke Bumi Untuk memperbaiki amalan diri Aku umat akhir zaman Dikelilingi episod-episod kemungkaran Hingga hanya hati yang mampu membenci Dan tanganku hanya mampu di sisi Pemandangan manusia yang mencipta amarah Tuhan Apakah hanya dengan cara aku memalingkan pandangan? Aku umat akhir zaman Manusia mencampurkan kebaikan dan kebatilan Ibarat campuran minyak dan air yang tidak akan menjadi sebatian Apabila agama hanya tercatit di kad pengenalan Dan hilang sudah pada diri dan akhlak seorang insan Muslim yang sepatutnya bersaksi Allah sebagai Tuhan Aku umat akhir zaman Umat yang dimomokkan dengan cinta Hingga setiap episod drama dan iklan Termasuklah dalam setiap hari berita di akhbar dan kaca TV Manusia berkasih sayang dengan berbunuh-bunuhan Hidup hancur luluh kerana terlalu cinta Cinta manusia kerana nafsu dan hasutan syaitan Akhirnya bercintalah sehingga ke hukuman kematian Dan temuilah teman yang dicinta di hari Pembalasan Aku umat akhir zaman Yang terlalu asing di negeri kejahilan Yang seolah pendatang dari dunia yang tidak dikenali Yang seperti perantau di tanah gersang Aku umat akhir zaman Umat yang paginya beriman, dan petangnya dalam kekufuran Atau yang paginya dalam kekufuran dan petangnya beriman Dipermain-mainkan nafsu, dunia dan syaitan Aku umat akhir zaman Yang serasa lemah sendiri di negeri ini Yang serasa ingin memenjara diri seperti NabiYusuf Jika itu yang terbaik bagiku Atau duduk di bulan tanpa menemui manusia Cukup hanya berteman alam saja Aku umat akhir zaman Sedar tiada guna hidup berseorangan Kerana telah termaktub dalam perjanjian Menjadi khalifah di muka Bumi Memakmurkannya dengan kebaikan Dan tiada pula merosakkan Aku umat akhir zaman Yang perlu teman-teman menguatkan Yang perlu teman-teman berpesankan kesabaran Yang perlu teman-teman menguatkan perjuangan Yang perlu teman-teman menegakkan kebenaran Yang perlu teman-teman mencegah kemungkaran Yang perlukan teman-teman memimpin jalan Jalan ke Syurga Jalan menemui Allah dengan keredhaan Jalan yang mewarisi Rasul, sahabat-sahabat dan keluarga baginda
Wahai Tuhan Wahai Rabbi Pimpinlah kami umat akhir zaman ini Pimpinlah kami umat kekasih-Mu ini Pimpinlah kami umat Nabi Muhammad yang kami cintai Ke jalan yang Kau redhai Tetapkanlah hati-hati kami di jalan agama-Mu Tetapkan hati-hati kami untuk terus menagih cinta-Mu yang tiada tara Kuatkan hati kami yang lemah Bersihkan hati yang bernoda dosa Ampunkanlah kami Semoga pengakhiran hidup kami akan menemui-Mu bersama jiwa-jiwa yang Kau redhai.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: "Aku rindu untuk bertemu dengan 'ikhwan'ku (saudara-saudaraku).
Para sahabat bertanya, "Bukankah kami ini semua saudaramu, wahai Rasulullah?" Lalu Nabi menjawab, "Kalian semua adalah sahabatku, sedang saudara-saudaraku adalah orang-orang yang belum datang setelahku (umat akhir zaman)." -Hadith Riwayat Muslim-
Mengejar Kebahagiaan: Apakah 5 Pelajaran Hidup Yang Semua Orang Pelajarinya Dengan Amat Pahit Sekali?
Apa yang menjadikan hidup kita lebih bermakna?
Ya, pelajaran yang kita dapat kutip disepanjang usia kehidupan kita kita.
Semua orang memilih untuk bahagia. Tiada seorang pun yang tidak mahu bahagia. Ada yang bersungguh-sungguh mengejar kebahagiaan, namun masih belum berjaya mendapatkanya.
Apakah itu bahagia?
Dan mengapa Allah memberikan kebahagiaan kepada orang lain, tetapi tidak untuk kita? Sedangkan menjadikan bahagia itu adalah perkara yang sangat mudah bagi Allah, tiada yang mustahil bagiNya.
Apakah kebahagian itu sesuatu yang perlu dikejar?
Atau bahagia itu hanyalah satu nasib baik dalam kehidupan?
Mengejar kebahagiaan dalam kehidupan
Nabi Muhamad SAW dikelaskan sebagai daa’im al-bushra, iaitu orang yang sentiasa optimistik dan gembira.
Adakah Nabi tidak pernah bersedih? Tidak.
Banyak kejadian yang menyedihkan Nabi. Kehilangan Siti Khadijah dan orang-orang yang dicintai baginda banyak membuat Rasulullah berasa pilu.
Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.
Pasti ada hikmah yang akan menyusul.
Pengalaman hidup akan mengajarkan erti kebahagian yang sebenar
“People never learn anything by being told,
they have to find out for themselves.”
Dalam kehidupan ini, perkara yang tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip mata kita akan mengalami kehilangan.
Kadangkala kita sukar untuk melihat hikmah dan pelajaran dalam hidup kita sehinggalah kita mengalaminya sendiri.
Ada beberapa pelajaran hidup yang kebanyakkan orang akan belajarnya dengan cara yang amat pahit sekali:
1. Mereka yang telah pergi, tetap menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kita
Pada suatu hari nanti kita semua akan menghadapi realiti kehilangan.
Walaupun hidup berjalan, malam dan siang bersilih ganti, kita akan sedar bahawa kita tidak pernah berhenti merindui insan istimewa yang telah pergi. Kita hanya cuma belajar untuk hidup sekeliling bayang-bayang mereka.
Apabila kita telah kehilangan seseorang yang mana kita tak dapat bayangkan dapat hidup tanpa mereka, pasti hati kita akan hancur dan remuk.
Berita buruknya disini, adalah kita tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan itu. Kita tidak akan pernah dapat melupakan mereka.
Walaubagaimana pun, ia juga boleh menjadi sesuatu yang baik bagi kita.
Walaupun hati kita tidak pulih sepenuhnya, hidup kita tetap akan terus bergerak, berkembang dan bertambah lagi pengalaman dalam kehidupan kita, walaupun dengan hati yang sakit.
Ia seperti kaki yang patah teruk akibat kemalangan, ia tidak akan sembuh pulih kembali seperti sediakala. Dan ia akan tetap terasa sakit, semasa kita berlari, tetapi kita tetap terus berlari walaupun kita sedikit tempang.
Dan tempang inilah yang akan menambah keazaman kita dan keunikan karekter diri kita.
2. Mengejar kebahagiaan adalah berkenaan mengenai mencari makna dalam kehidupan.
Mengejar kebahagiaan adalah tidak sama rasa gembira.
Perasaaan gembira hanyalah perasaan yang sementara, yang bergantung kepada keadaan dan waktu sekeliling ketika itu.
Rasa gembira memang menyenangkan dan melegakan, tetapi dengan perasaan ini akan pudar dengan berlalunya masa. Inilah perkara yang kita jarang untuk faham pada mulanya.
Sebagai orang Islam kita percaya kepada dua jenis kebahagiaan, iaitu kebahagiaan yang dalam Syurga dan kebahagiaan di dunia ini.
Syurga adalah kebahagiaan yang kekal abadi, dimana di sana tiada ketakutan dan penyesalan. InsyaAllah setiap apa yang kita buat harus diniatkan dan ditumpukan kearah tersebut, mencari keredhaan Allah dan SyurgaNya.
Tetapi ia bermakna kita tidak perlu mengutamakan kebahagiaan di dunia ini? Tidak.
Allah juga mahukan kita bahagia di dunia ini.
Mengejar kebahagiaan, adalah perkara yang dilakukan sepanjang hayat.
Ia sukar untuk difahami dan tidak bergantung kepada matlamat tertentu. Apa yang betul-betul dicari adalah sesuatu yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita. Living a meaningful life.
Ia selalunya bermula dengan mengapa.
Mengapa kita buat sesuatu perkara itu dalam hidup kita?
Kebahagiaan lebih senang datang apabila kita tahu apa yang sedang kita lakukan, percaya dengan apa yang kita buat, dan suka apa yang kita buat (dan dengan siapa kita melakukan perkara itu).
Hidup kita mungkin ada turun dan naik, tetapi apabila kita faham setiap pelajaran dan hikmah yang terjadi disepanjang kehidupan kita adalah lebih baik daripada kita hidup untuk sekadar hidup selama berpuluh-puluh tahun.
Kita akan bahagia jika kita memahami erti hidup kita. InsyaaAllah.
3. Penyesalan adalah lebih teruk dari ketakutan.
Apabila kita mengalah kepada rasa takut, kita akan rasa pahit dan perit untuk merenung kembali kehidupan kita nanti.
Kita benci. Kita akan menyesal.
Mengapa?
Bila kita mengalah untuk buat sesuatu atas alasan takut kepada risiko, pasti kita akan menyesal pada suatu hari nanti.
Samada berhenti kerja untuk buka bisnes sendiri, mengembara ke seluruh dunia, atau apa sahaja perkara yang memerlukan pengorbanan, susah payah dan berisiko.
Semua perkara-perkara ini mungkin menakutkan kita, tetapi tanyalah pada diri kita, apa yang lebih menakutkan daripada penyesalan yang tak sudah?
Jangan biarkan masa itu berlalu melambai begitu sahaja. Jangan habiskan sisa hidup kita dengan hanya memikirkan kembali tentang perkara yang kita tak buat apa yang kita boleh sekarang ini.
Live your life. Take risks. Feel passion. Run free.
4. Hadiah yang baik tidak semestinya terbungkus dengan cantik
Hidup ini terlalu sukar dijangka dengan rigid expectation
Hidup ini tidaklah terlalu mudah dan juga tidak terlalu sukar seperti yang kita dijangkakan; ianya bersesuaian dengan kita. Kehidupan yang Allah tulis ini sememangnya sudah cukup cantik bagi kita.
99% masa kita hidup memberikan kita pengalaman yang sangat berharga untuk membantu pertumbuhan kita.
Kuncinya adalah dengan menerima segala yang telah ditakdirkan kepada kita. Bila segala yang diharapkan tidak tercapai, kita perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu, walaupun sukar.
Sometimes life will beat you to the ground and try to keep you there if you let it. But it’s not about how hard life can hit you, it’s about how hard you can be hit while continuing to move forward.
Bila kita rasa nak sangat menangis dan mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat.
Harungi segala cabaran dan dugaan. Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take control of your emotions before they take control of you. Everything will fall into place eventually.
“Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (surah Al-Baqarah: 286)
5. Bila kita cuba lari dari masalah, sebenarnya kita hanya berlari setempat.
“Jangan berfikir tentang rasa nasi lemak”
Apa yang sedang anda fikirkan sekarang?
Rasa nasi lemak, bukan?
Apabila kita fokus untuk tidak memikirkan tentang sesuatu, kita hanya akan berakhir dengan memikirkan perkara tersebut.
Perkara yang sama juga terjadi bila kita cuba membebaskan fikiran kita daripada pengalaman yang pahit.
Bila kita selalu memaksa diri kita untuk melupakannya, selalunya ia akan bertambah berat dan semakin kita akan ingat.
Bertenang. Kereta pun ambil masa untuk berhenti, inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
Jadi bagaimana?
Pilih untuk fokuskan untuk buat perkara lain yang kita suka dan kita nak, dan insyaaAllah kita akan meninggalkan memori pahit dibelakang bila kita kita bergerak maju ke hadapan.
Lari dari masalah adalah perlumbaan yang kita tidak akan menang. Bergerak maju ke hadapan lebih baik dari lari jauh-jauh.
Daripada paksa diri cuba melupakan, lebih baik buat sesuatu yang positif yang boleh menggantikan perkara pahit (negatif) itu.
Penutup: Pelajaran hidup adalah sangat penting dan tak semua orang dapat pelajaran yang sama.
Hiduplah seperti kita akan mati esok. Belajarlah seperti kita akan hidup selamanya.
Tanpa ragu lagi, setiap hari adalah hadiah daripada Allah.
Dan hadiah itu adalah peluang untuk hidup, untuk belajar dan berkembang.
Jadilah pelajar kepada kehidupan. Nikmatinya dan seraplah segala pelajaran sebanyak yang boleh, sementara kita boleh.
Kita mungkin kehilangan sesuatu untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, dan kita mungkin belajar sesuatu perkara dengan cara yang keras dan sukar.
Tak mengapa, itu adalah perkara biasa.
Semua pengalaman adalah berharga dan penting untuk kita.
Tujuan hidup kita adalah untuk hidup dengan sepenuhnya, berfikiran terbuka, hati yang ikhlas dalam mencari redha Allah.
InsyaaAllah kita tidak akan menyesal menerima setiap pengalaman dan jalan hidup yang telah Allah tawarkan untuk kita.
9 PERKARA YANG AKAN KITA MENYESAL PADA 10 TAHUN AKAN DATANG
1. Hidup berpura-pura untuk membuat orang lain kagum.
2. Anda pasti menyesal apabila membiarkan orang lain menentukan cita-cita anda.
3. Pada suatu masa nanti, kita akan menyesal bila kita Ego & lebih mementingkan diri sendiri pada masa lalu
4. Kita akan menyesal bila masih terikat dengan masa silam dan mengelak perubahan serta perkembangan
5. Penyesalan terhebat adalah apabila patah hati dalam menghadapi kesukaran dan musibah.
6. Cuba untuk terlalu perfect dalam setiap perkara
7. Tidak berusaha sehabis mungkin untuk sesuatu yang kita layak mencapainya
8. Kita akan menyesal bila sentiasa menunggu esok
9. Anda malas dan anda kuat berangan-angan kosong