Dari Tsauban r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Umat-umat akan mengerumuni kalian sebagaimana makanan yang dikerumuni dari piring." Ada seseorang bertanya, " Adakah kerana kami sedikit ketika itu?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Pada waktu itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih di lautan. Allah akan mencabut rasa takut musuh-musuh terhadap kalian dan memberikan penyakit wahn dalam hati kalian." Ada seseorang bertanya, " Apakah wahn itu?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad) Aku umat akhir zaman Bersama umat umpama buih-buih di lautan Ke kiri dan ke kanan Seolah hidup tiada tujuan Hanya memuas nafsu dan kehendak diri Terlupa kepada siapa diri harus mengabdi Alpa bahwa Izrail selalu memerhati Lupa bahawa masa kematian itu tak pernah diketahui Tidak ingat bahawa kehidupan dunia bukannya dimiliki Dan akhirnya mati akan menemui Tiada guna lagi rayuan kembali ke Bumi Untuk memperbaiki amalan diri Aku umat akhir zaman Dikelilingi episod-episod kemungkaran Hingga hanya hati yang mampu membenci Dan tanganku hanya mampu di sisi Pemandangan manusia yang mencipta amarah Tuhan Apakah hanya dengan cara aku memalingkan pandangan? Aku umat akhir zaman Manusia mencampurkan kebaikan dan kebatilan Ibarat campuran minyak dan air yang tidak akan menjadi sebatian Apabila agama hanya tercatit di kad pengenalan Dan hilang sudah pada diri dan akhlak seorang insan Muslim yang sepatutnya bersaksi Allah sebagai Tuhan Aku umat akhir zaman Umat yang dimomokkan dengan cinta Hingga setiap episod drama dan iklan Termasuklah dalam setiap hari berita di akhbar dan kaca TV Manusia berkasih sayang dengan berbunuh-bunuhan Hidup hancur luluh kerana terlalu cinta Cinta manusia kerana nafsu dan hasutan syaitan Akhirnya bercintalah sehingga ke hukuman kematian Dan temuilah teman yang dicinta di hari Pembalasan Aku umat akhir zaman Yang terlalu asing di negeri kejahilan Yang seolah pendatang dari dunia yang tidak dikenali Yang seperti perantau di tanah gersang Aku umat akhir zaman Umat yang paginya beriman, dan petangnya dalam kekufuran Atau yang paginya dalam kekufuran dan petangnya beriman Dipermain-mainkan nafsu, dunia dan syaitan Aku umat akhir zaman Yang serasa lemah sendiri di negeri ini Yang serasa ingin memenjara diri seperti NabiYusuf Jika itu yang terbaik bagiku Atau duduk di bulan tanpa menemui manusia Cukup hanya berteman alam saja Aku umat akhir zaman Sedar tiada guna hidup berseorangan Kerana telah termaktub dalam perjanjian Menjadi khalifah di muka Bumi Memakmurkannya dengan kebaikan Dan tiada pula merosakkan Aku umat akhir zaman Yang perlu teman-teman menguatkan Yang perlu teman-teman berpesankan kesabaran Yang perlu teman-teman menguatkan perjuangan Yang perlu teman-teman menegakkan kebenaran Yang perlu teman-teman mencegah kemungkaran Yang perlukan teman-teman memimpin jalan Jalan ke Syurga Jalan menemui Allah dengan keredhaan Jalan yang mewarisi Rasul, sahabat-sahabat dan keluarga baginda
Wahai Tuhan Wahai Rabbi Pimpinlah kami umat akhir zaman ini Pimpinlah kami umat kekasih-Mu ini Pimpinlah kami umat Nabi Muhammad yang kami cintai Ke jalan yang Kau redhai Tetapkanlah hati-hati kami di jalan agama-Mu Tetapkan hati-hati kami untuk terus menagih cinta-Mu yang tiada tara Kuatkan hati kami yang lemah Bersihkan hati yang bernoda dosa Ampunkanlah kami Semoga pengakhiran hidup kami akan menemui-Mu bersama jiwa-jiwa yang Kau redhai.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: "Aku rindu untuk bertemu dengan 'ikhwan'ku (saudara-saudaraku).
Para sahabat bertanya, "Bukankah kami ini semua saudaramu, wahai Rasulullah?" Lalu Nabi menjawab, "Kalian semua adalah sahabatku, sedang saudara-saudaraku adalah orang-orang yang belum datang setelahku (umat akhir zaman)." -Hadith Riwayat Muslim-
No comments:
Post a Comment